BABI PUN TAHU KE MASJID

 

Jemaah Masjid Sungai Plong dekat Sungai Buloh dikejutkan dengan kehadiran tetamu tak diundang apabila seekor babi jantan masuk ke ruang ibadah masjid ketika mereka mahu menunaikan solat Isyak.

Sebelum itu babi yang tersesat itu terlebih dulu mengejar kanak-kanak yang berada diluar masjid dan kemudiannya memasuki dewan solat.

Haiwan itu dikatakan cedera dikepalanya mengamuk dan menyondol seorang jemaah hingga cedera.

Imam masjid berkenaan,Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin, berkata haiwan itu cedera dibahagian kepala mengamuk dan menyondol seorang jemaah hingga cedera.

“Setelah berjaya diumpan keluar, binatang tersebut menumbangkan dua buah motosikal dan akhirnya ditembak oleh seorang ahli jemaah yang memiliki senapang patah,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut Ungku Ahmad Hazwan, pihak polis juga dihubungi pihak masjid.

Bagi menyelesaikan masalah itu, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

“Mereka akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

Pada ketika ini, urusan solat diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.