KEPUTUSAN SPM 15 MAC

 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa, calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

“Keputusan calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar,” katanya.

Calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM nombor kad pengenalan angka giliran dan hantar ke 15888, menurutnya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan keputusan melalui perkhidmatan SMS iaitu 15888 akan diaktifkan bermula jam 10 pagi hari berkenaan dan ditamatkan pada 6 petang, 21 Mac.

Seramai 443,883 calon menduduki SPM pada tahun lalu meliputi sekolah menengah kerajaan, swasta, persendirian dan sekolah agama negeri.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.