PELAKSANAAN TV ANALOG DITANGGUH

 

Penamatan televisyen analog akan ditangguhkan ke satu tarikh yang lain dan bukan 30 Jun 2018, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata penangguhan ini merupakan tindakan yang wajar bagi memastikan perkhidmatan TV digital yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

“Kami juga ingin memastikan supaya setiap isi rumah mempunyai akses kepada saluran percuma sebaik sahaja perkhidmatan televisyen ditukar menjadi digital sepenuhnya,” ujar Salleh.

Beliau berkata liputan TV digital Malaysia pada masa kini telah mencecah 85 peratus sementara bakinya akan disempurnakan tidak lama lagi.

Menurutnya, kerajaan sedang meneliti perkembangan TV digital di negara serantau memandangkan Malaysia bersempadanan dengan Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Keperluan teknikal perlu diteliti untuk kita bergerak seiring dengan negara-negara jiran kerana rancangan mereka akan turut memberi kesan kepada penggunaan spektrum dan saluran kita di sepanjang kawasan sempadan bersama,” katanya.

Terdahulu, Singapura telah mengumumkan tarikh penamatan perkhidmatan TV analog telah ditangguhkan dari akhir Disember tahun lalu kepada 31 Disember tahun ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata penundaan di Malaysia itu juga akan memudahkan pengaturan teknikal di antara kedua-dua negara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.