PM TINJAU RUMAH PANGSA KOS RENDAH DI CHERAS

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melakukan tinjauan di rumah pangsa Kos Rendah Taman Segar di Persiaran Lemak, Cheras yang bakal dibangunkan semula dengan pembinaan perumahan baharu yang lebih selesa.

Najib meluangkan masa selama hampir satu jam untuk berjumpa penghuni rumah pangsa berkenaan serta melawat tapak baharu bagi pembinaan pangsapuri yang akan menggantikan perumahan itu.

Rumah pangsa kos Rendah sedia ada setinggi tinggi lima tingkat tanpa kemudahan lif itu telah berusia 35 tahun dan usang, berkeluasan 500 kaki persegi akan digantikan dengan pangsapuri moden dan selesa berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi serta satu lot parkir.

Projek pembangunan semula ini akan melibatkan sebanyak 300 unit rumah pangsa dan 1,200 penghuni dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM500 juta.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Upper Label Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya, pembangunan semula itu akan memberikan banyak kelebihan kepada penduduk sedia ada di Rumah Pangsa Kos Rendah tersebut.

 

  • Oleh Haspaizi Mohd Zin
  • Videographer/Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.