MAHATHIR HINA RAKYAT MAKAN DEDAK

 

Dalam mengumumkan manifesto pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir sempat lagi mengambil kesempatan seolah-olah menghina rakyat Malaysia telah memakan dedak.

Menurut Pengerusi PH itu, rakyat Malaysia menjadi buta, pekak dan bisu atas kesalahan kononnya dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dedak disumbat masuk sehingga tidak boleh bergerak, bertutur kata, tidak boleh dengar apa-apa pun dan hanya boleh tunduk kepala.

“Inilah Najib yang berjaya menjadikan rakyat Malaysia seperti robot yang tidak boleh berkata-kata dan mendengar dan robot juga tidak perlu bernyawa,” katanya pada Majlis Pelancaran Manifesto PH di Shah Alam, pada Khamis.

Dalam pada itu, PH akan mengangkat tema ‘Membina Negara Membina Harapan’ sebagai manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah dalam ucapan alu-aluannya berkata manifesto yang dilancarkan itu “bukan manifesto pembangkang” sebaliknya sebuah manifesto “bakal kerajaan”, katanya.

Manifesto yang diberi nama “Buku Harapan” menawarkan 60 janji, dengan 10 janji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir Putrajaya.

Ia juga menjanjikan iltizam khas kepada lima golongan iaitu warga Felda, masyarakat kaum India, golongan wanita, golongan muda dan warga emas.

 

  • Oleh Najamuddin Mohd Nor
  • Videographer/Zul Hafiz Bahrin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.