BATU PAHAT : DAP TIDAK SEBULU DENGAN PKR

 

Kedudukan pembangkang semakin lemah di Batu Pahat apabila PKR terpalit dengan krisis dalaman yang semakin parah, ditambah dengan rakan sekutunya DAP juga dikatakan sudah tidak sehaluan.

Ketika kem PKR sedang berebut untuk menjadi calon kerusi Parlimen Batu Pahat yang disandang Datuk Mohd Idris Jusi, DAP pula bergerak secara sendirian dalam kempennya di kawasan itu.

Menurut sumber, DAP tidak sehaluan dengan PKR di Batu Pahat kerana malu untuk bertemu pengundi Cina berang dengan sikap Mohd Idris yang tidak peduli rakyat selain sering tiada dalam kawasan.

“DAP Batu Pahat bergerak sendirian tidak bersama PKR kerana malu dan kecewa dengan khidmat wakil rakyat kini yang tidak buat kerja.

“Apatah lagi pengundi Cina di kawasan itu marah dengan Mohd Idris yang tidak buat kerja, pemalas dan banyak janji yang tidak ditunaikan.

“Agak sukar peluang PKR untuk mempertahankan kerusi Batu Pahat jika situasi ini berterusan dan Barisan Nasional (BN) sudah pasti mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya kepada Watan-Online.

Sebelum ini tinjauan Watan-Online di Batu Pahat mendapati rata-rata pengundi kecewa dan marah dengan sikap wakil rakyat itu yang sering ‘hilang’ dan sukar untuk dihubungi.

 

Malah, mereka terpaksa menagih pertolongan dengan bekas wakil rakyat sebelum ini, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat.

 

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.