KRISIS AIR : SINDIRAN NAJIB BIKIN AZMIN SENTAP

 

Sidang Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila Ahli Parlimen PKR Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali panas punggung berikutan disindir krisis ketiadaan air yang berlaku di Selangor ketika ini.

Azmin kelihatan berang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir dirinya yang gagal mengurus air di Selangor ketika menjawab soalan tambahan daripada Menteri Besar Selangor itu.

“Masalah bekalan air di Selangor lebih kritikal daripada hutang negara,” sindir Najib kepada Azmin ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Serentak dengan itu Dewan Rakyat menjadi gamat dan terdengar teriakan daripada Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Urus air di Selangor tu dulu, hari ini ramai rakyat Selangor tak mandi pagi,” celah Abdul Azeez.

Keadaan menjadi tegang kira-kira lima minit apabila Azmin terus bertikam lidah dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan mendakwa soalannya adalah berkaitan pengurusan hutang negara dan tiada kena mengena dengan krisis air di Selangor.

Speaker Dewan Rakyat Tam Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa campur tangan untuk mententeramkan keadaan walaupun Azmin terus berkeras untuk menegakkan pendiriannya.

Azmin akhirnya akur setelah diberi amaran oleh Speaker akan diperintah keluar daripada Dewan Rakyat dan Najib dibenarkan meneruskan menjawab soalan tambahan Azmin itu.

“Apa yang penting Tan Sri Yang Di Pertua ialah kemampuan kita membayar kembali hutang dan ini telah mendapat pengiktirafan dunia yang negara kita dalam kategori A berkemampuan membayar hutang.

“Jadi pengurusan hutang negara telah dapat diuruskan dengan baik dan saya harap pengurusan air di Selangor juga dapat diuruskan dengan baik nanti,” sindir Najib lagi yang juga Ahli Parlimen Pekan kepada Azmin.

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.