PESAWAT PENUMPANG BANGLADESH TERHEMPAS DI NEPAL

 

Sebuah pesawat penumpang dari Bangladesh dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal sebentar tadi.

Pesawat jenis Bombardier Dash 8 milik US-Bangla Airlines tersebut yang dilaporkan membawa 67 penumpang dan empat anak kapal tersasar dari landasan ketika mendarat dan terhempas di bahagian timur landasan Lapangan Terbang Antarbangsa Tribhuvan, lapor Kathmandu Post.

Menurut jurucakap lapangan terbang tersebut, Prem Nath Takur, operasi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan penumpang sedang berjalan.

Media tempatan mengenal pasti pesawat tersebut malang adalah Bombardier Dash 8 Q400 tetapi tiada pengesahan rasmi setakat ini.

Setakat ini tiada pengumuman mengenai nasib penumpang pesawat itu.

Pesawat tersebut mendarat di Kathmandu pada pukul 2.20 petang waktu tempatan, menurut laman sesawang yang menjejaki penerbangan, FlighRadar24.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.