PIBG PERANAN UTAMA ‘SALING MELENGKAPI’ – KAYVEAS

Foto oleh Hazierra Lukman@watanonline

 

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus memainkan peranan utama dalam membentuk kesefahaman antara guru dan ibu bapa selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk ‘Saling Melngkapi’.

Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas berkata kerjasama dari ibu bapa serta guru mampu menaikkan nama baik sekolah serta para pelajar bagi mencapai tahap pendidikan yang lebih komprehensif.

“Tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Syah kali ke-46, Tanah Rata, Cameron Highlands pada Rabu.

Menurut Kayveas, PIBG juga merupakan satu kaedah dalam merapatkan hubungan antara pihak ibu bapa pelajar dengan para guru untuk memudahkan interaksi permasalahan di sekolah.

“Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama.

“Ia mampu meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat,” katanya.

Foto oleh Hazierra Lukman@watanonline

Dalam majlis itu, Kayveas turut menyampaikan sumbangan peribadinya sebanyak RM10,000 kepada pihak PIBG sekolah tersebut untuk membaikpulih pelbagai keperluan serta aktiviti bersama sekolah.

Pada akhir ucapan, Kayveas meletakkan harapan tinggi kepada PIBG sekolah dalam menjalankan amanah untuk memberi kecermerlangan kepada para pelajar.

 

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.