TERKILAN FOTO BAYI TERSEBAR – DATUK K

 

Suami penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin  Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menzahirkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar bayinya yg baru lahir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Khalid, 59, bagaimanapun mengakui gambar itu adalah foto bayinya dipangku oleh seorang wanita.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini (Isnin).

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya memetik laporan BH pada Isnin malam.

Terdahulu, ahli korporat itu turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi Isnin.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.