AL FATIHAH…BEKAS ADUN JABI MENINGGAL DUNIA

 

Bekas ADUN Jabi, Mohd Lukman Muda, 54, meninggal dunia di Hospital Perempuan Raja Zainab II, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10 malam Rabu.

Anak sulung Allahyarham, Ahmad Syafiq Hamzi, 28, berkata, bapanya meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital berkenaan selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam darah.

Menurutnya, bapanya dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira tiga minggu lepas dan keadaannya kembali stabil selepas menerima rawatan.

“Bagaimanapun dua hari lepas keadaan kesihatannya kembali merosot,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Habsah Mohamad, 54, dan enam anak termasuk tiga anak dengan isteri kedua.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Amir dekat Kampung Raja di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Tanah dekat Tembila.

Allahyarham adalah calon UMNO-BN selama satu penggal pada tahun 1995 hingga 1999.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.