TANAH IJOK : REMAN EMPAT INDIVIDU DILANJUTKAN

 

Tempoh reman empat individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk disambung selama empat hari lagi bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas 880 hektar di Ijok kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Nik Muhammad Hafiz Nik Mahmood pada Sabtu membenarkan tempoh reman disambung bermula esok hingga Rabu ini, selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, dua lagi individu termasuk seorang Datuk yang sebelum ini turut direman, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 setiap seorang.

Pada Selasa lalu keenam-enam suspek itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sehingga ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk yang masih dalam tempoh reman selama tujuh hari sehingga Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.