SUARA KIT SIANG DISANGKA ‘SUARA HANTU’

 

Terkejut terdengar suara kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tentang masa penggantungan dirinya selama na menyebabkan Tan Sri Noh Omar dan Budiman Mohd Zohdi menyangka ‘suara hantu’.

Begitulah kejadian pagi Khamis di sidang dewan rakyat apabila Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tiba-tiba mencelah bertanyakan pada speaker tentang status kehadirannya di dewan tersebut.

Kit Siang muncul di dalam Dewan Rakyat walaupun sudah digantung enam bulan mulai semalam bangun mencelah bertanya speaker samada beliau digantung sehari atau enam bulan.

Menteri Kesejanteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ketika itu sedang membentangkan usul berkaitan kementeriannya Agak terkejut.

“Saya 23 tahun di dalam Dewan. Suara itu (Kit Siang) saya biasa dengar tetapi saya tidak nampak,” katanya sinis sambil Pandikar meminta Noh meneruskan pembentangannya.

Budiman yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar kemudian bangun mencelah.

“Ada suara hantu,” katanya.

“Hantu, ialah mungkin hantu. Sebab itu, dia tak faham bahasa,” sambut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Menurut Noh lagi, “Kalau saya kena halau saya keluar Dewan, ini (KIt Siang) duduk lagi dalam Dewan,”.

Kit Siang juga berada di dalam Dewan ketika perbahasan dan undian belah bahagian syor persempadanan semula kawasan pilihan raya petang semalam.

Sebelum itu Ahli Parlimen Setiu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, memetik portal BNBBC bangun bertanya Pandikar mengenai status Kit Siang yang digantung semalam tetapi masih ada di dalam Dewan hari ini.

Bagaimanapun, Pandikar hanya menjawab, beliau juga ‘tidak nampak’ Ahli Parlimen Gelang Patah itu walaupun Kit Siang duduk di kerusi tidak jauh daripadanya.

Dewan kermudian panas dengan beberapa ahli parlimen pembangkang bertikam lidah dengan Noh untuk mempertahankan Kit Siang.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.