30 TAHUN TUNGGU AIR BERSIH

 

Madrasah Darul Mutaqin , Kampung Lepan Bola, Batu Gajah Tanah Merah Kelantan melahirkan kesyukuran kerana penantian 30 tahun bagi menikmati air bersih kini tercapai.

Telaga berkedalaman 100 meter itu menelan kos perbelanjaan bernilai RM110,531 disumbang Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Telaga tersebut berupaya membekalkan air kira-kira 8,000 liter air bersih dalam masa satu jam atau 192,000 liter sehari dan mempunyai sistem penapisan ringkas yang dipasang untuk memastikan kualiti air bersih. Ianya mampu untuk menampung kapisiti penduduk di kawasan ini.

Mudir Madrasah, Nuh Sulaiman berkata, masalah bekalan air bersih dihadapi oleh pihaknya sejak mula penubuhan madrasah tersebut iaitu pada 1997 lagi.

Menurutnya, pembinaan telaga tiub berkenaan memberi kemudahan dan manfaat kepada hampir 600 penduduk di kawasan itu termasuk 36 pelajar madrasah.

“Sebelum ini, kami dan hampir 80 peratus penduduk di sini hanya mengharapkan sumber bekalan air daripada tadahan air bukit. Ianya menjadi kesukaran kepada kami apabila tiba musim tengkujuh dan kemarau.

“Pembinaan telaga tiub di kawasan terputus bekalan memang wajar dilakukan kerana air merupakan perkara asas dalam kehidupan. Saya mewakili penduduk dan pelajar berterima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pem-binaan telaga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dan Penyerahan Projek Telaga Tiub Madrasah Darul Mutaqin Di Kampung Lepan Bola,  pada Ahad.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suhaimi Mamat.

 

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.