RUU ANTIBERITA TIDAK BENAR DILULUSKAN DEWAN RAKYAT

 

Rang Undang-undang (RUU) AntiBerita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat dengan disokong 123 undi.

Ia diumumkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyaksikan 64 Ahli Parlimen menentang undian belah bahagian kelulusan RUU tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ketika proses undian belah bahagian mahu dimulakan dan telah menggamatkan suasana Dewan Rakyat pada petang Isnin.

Terdahulu, penggulungan perbahasan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sering terganggu berikutan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mencelah dan menyaksikan perdebatan hangat.

 

Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.