RUU ANTIBERITA TIDAK BENAR : PH DI’SEKOLAH’KAN

 

Dewan Rakyat hari ini sedikit kecoh ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar apabila Pakatan Harapan (PH) seolah-olah disekolahkan dan disindir oleh wakil rakyat UMNO dan PAS.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh menegaskan bahawa RUU yang dibuat itu tidak semata-mata menguntungkan BN malahan melindungi semua pihak daripada bahana fitnah.

Beliau dalam ucapannya memberi contoh sinikal dengan mengemukakan laporan beberapa portal berita yang mengaitkan pemimpin PH dengan isu yang diragui kesahihannya.

“Cuba kita baca tajuk berita ini, pemimpin PKR dedahkan sifat sebenar Rafizi, kelemahan Muhyiddin punca PPBM kucar-kacir.

“Ada lagi, berita Muhyiddin malu skandal dengan bini orang. Adakah ini benar atau palsu?

“Malaysiakini melaporkan PAS Selangor doa hancurkan pakatan jahat, benarkah ini? Kalau tidak benar, apabila undang-undang diluluskan orang-orang ini boleh buat laporan polis dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali pula menegaskan bahawa sebarang pertuduhan akan menjadi fitnah sekiranya tidak disokong dengan bukti-bukti konkrit.

Beliau mengambil contoh tuduhan tidak berasas yang mengatakan PAS menerima duit daripada UMNO yang tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Beliau turut menyelar cadangan saman yang sentiasa dicadangkan PH dengan mengatakan tindakan tersebut tidak menyelesaikan masalah penularan berita tidak benar.

“Tuduhan PAS terima duit daripada UMNO adalah tidak benar.

“Itu fitnah yang sangat berat kerana puluhan ribu manusia menuduh dengan tuduhan yang salah.

“Lebih pelik lagi bila kita keluar kenyataan kalau itu tuduhan tidak betul, samanlah. Bagi saya ini kaedah yang amat salah,” ujar beliau.

 

Oleh : SYAKIRIN DAUD

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.