TMJ GEMBIRA MERAIKAN KEMENANGAN HARIMAU MALAYA

 

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi perlawanan persahabatan malam tadi.

Menerusi pautan di laman Facebook Johor Southern Tigers, TMJ muncul dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang mengatakan baginda terlalu gembira dengan kejayaan itu.

Baginda turut berkata rekod tidak pernah menang sejak memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berakhir.

“Tidak kisah lawan Bhutan ker, budak sekolah ker, menang tetap menang. Sekurang-sekurangnya ada satu kemenangan.

“Mesyuarat (khas Jawatankuasa Eksekutif atau Exco FAM) esok. Jadi ketika ini, jika berdasarkan rekod, saya masih presiden, esok baru bukan.

“Satu kemenangan, well done (syabas) Harimau Malaya. Terima kasih Harimau Malaya,” titah baginda.

Kemenangan  7-0 ke atas Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam adalah kejayaan pertama skuad Harimau Malaya yang kini dikendali Tan Cheng Hoe selepas gagal meraih sebarang kemenangan sejak penghujung 2016.

Kapten pasukan, Zaquan Adha menjaringkan empat gol, manakala tiga lagi gol disumbangan Irfan Zakaria, Syafiq Ahmad dan juga Wan Zack Haikal.

 

Sumber MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.