SUBSIDI HAJI 2018 RM400 JUTA – JAMIL KHIR

 

Subsidi bagi setiap jemaah haji bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM12,470, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Lantaran itu katanya, jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung Tabung Haji dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding dengan RM300 juta bagi musim haji tahun lalu.

“Kos haji bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM22,450 iaitu peningkatan sebanyak RM2,900 atau 14.8 peratus berbanding kos haji bagi tahun 2017.

“Peningkatan ini tidak memberi impak secara langsung kepada Jemaah haji muasasah. Ini disebabkan kerana bayaran haji kekal sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji sebanyak RM9,980 bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah haji.

“Berikutan itu subsidi bagi setiap Jemaah haji bagi 2018 ialah sebanyak RM12,470 dan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding dengan RM300 juta bagi musim haji tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pada sesi pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Bagi menambah baik perkhidmatan dan kemudahan bagi Jemaah haji pula, kerajaan Arab Saudi ujar beliau telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan dan Tabung Haji telah mengguna pakainya.

Antaranya ialah sistem e-Hajj yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015 yang merupakan sistem permohonan dan pengeluaran visa secara online yang ditadbir bersama oleh Kementerian Haji dan Kementerian Luar Arab Saudi.

 

Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.