KOMANWEL : MALAYSIA TUAI EMAS PERTAMA

 

Badang negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad meraih pingat emas pertama untuk negara dalam Sukan Komanwel 2018 dengan jumlah angkatan 261 kilogram acara angkat berat kategori 56 kilogram di Glod Coas, pada Khamis.

Muhammad Azroy Hazal Wafie turut memecahkan rekod Sukan Komanwel bagi disiplin snatch apabila mengangkat 117 kilogram sebelum memastikan kemenangan apabila mengangkat 144┬ákilogram dalam disiplin ‘clean and jerk’.

Catatan keseluruhan Wafie iaitu 261 kilogram bermakna dia bukan sahaja memenangi pingat emas tetapi turut memperbaharui rekod temasya dengan memecahkan rekod yang dicatat oleh Amirul Hamizan Ibrahim (260 kilogram) yang dicatat di Manchester 2002.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.