RUU355 : PAS TIDAK PUTUS ASA

 

PAS masih menaruh harapan untuk meneruskan cadangan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah 1965 atau Akta 355 pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Walaupun sedikit kecewa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa partinya tidak berputus asa dan akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya memasukkan RUU355 itu ke dalam penggal ke-14.

“Kita akan buat surat pada speaker, kita akan kemukakan usul kita sekali lagi, kalau tak di sambung, kita nak disenaraikan sekali lagi pada penggal 14,” katanya dalam sidang media di parlimen, pada Khamis.

Walaupun usul RUU355 berada di tempat kedua dalam aturan mesyuarat, ia tidak dibahaskan hari ini.

Sidang Dewan Rakyat penggal ke-13 melabuhkan tirai penutup secara rasminya tengahari tadi untuk memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi

 

Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.