POLIS BURU LELAKI CABUT BENDERA BN

 

Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang mencabut beberapa batang bendera Barisan Nasional (BN) di sepanjang jalan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima tiga aduan berkenaan kejadian terbabit.

“Kes berlaku pada hari Ahad di Jalan Burhanuddin Helmi di Taman Tun Dr Ismail.

“Laporan dibuat oleh orang yang merakamkan video itu, orang yang memasang bendera serta wakil dari Pemuda UMNO,” lapor The Star.

Pada masa sama Mazlan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.