BN MAMPU TUNAIKAN MANIFESTO BELIA

 

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yakin kesemua manifesto belia Barisan Nasional (BN) dapat ditunaikan dalam masa lima tahun akan datang.

Menurut beliau, kesungguhan dan keikhlasan yang ditonjolkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin muda BN mampu merealisasikan kelapan-lapan manifesto yang telah diumumkan.

Mas Ermieyati turut berjanji akan memberikan komitmen untuk membantu mengotakan kesemua manifesto belia BN.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Manifesto Belia BN di Dewan Merdeka, PWTC pada Selasa.

 

  • Oleh/SYAKIRIN DAUD
  • Videographer/ZUL HAFIZ BAHRIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.