NAJIB UCAP TAHNIAH PADA PENERJUN NEGARA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ketiga negara di #GC2018 ! #TeamMAS #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Khamis.

Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata berjaya merangkul pingat emas manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

Pingat perak disandang gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.

 

 

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.