KIT SIANG TAK TANDING PRU14

 

Selepas khabar angin mengatakan Lim Kit Siang bakal meninggalkan Johor, maklumat terbaru mengaitkan yang veteran DAP itu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Menurut sumber, masalah kesihatan yang dialaminya mendorong Kit Siang untuk tidak bertanding dan berehat daripada menjadi wakil rakyat.

“Hampir pasti Kit Siang tidak akan bertanding. Dia hanya memberi fokus kepada kempen saja demi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat mencapai kemenangan.

“Faktor kesihatan memungkinkan beliau untuk aktif dalam politik dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini Kit Siang yang juga penyandang kerusi Gelang Patah dikatakan akan meninggalkan kawasan berkenaan dan bakal bertanding sama ada di Perak mahupun Pulau Pinang.

Kit Siang sebelum itu dilaporkan menghidap kanser tahap pertama pada buah pinggang kirinya selamat menjalani pembedahan bagi membuang tumor berkenaan.

“Kanser berkenaan memberi kesan kepadanya dan menghadkan pergerakannya untuk aktif berpolitik,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.