SELANGOR TIDAK HARUS JADI ‘DARUL SAMPAH, DENGGI’ – NAJIB

 

Barisan Nasional (BN) memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah sampah dan denggi di Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Selangor tidak seharusnya digelar ‘darul sampah atau darul denggi’ hanya disebabkan kerajaan negeri pimpinan pembangkang tidak mampu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sekarang masalah air di Selangor, kita letak paling tinggi sekali untuk diselesaikan, tetapi ini pula masalah sampah dan denggi. Kita tidak mahu Selangor menjadi darul sampah atau darul denggi.

“Saya beri jaminan jika BN diberi mandat semula untuk mentadbir (Selangor), semua masalah ini akan kita selesaikan, masalah air juga akan selesai,” katanya berucap selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita dan Kanak-kanak) di Kajang, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.