SAYA AKAN PASTIKAN MUHYIDDIN TEWAS – KHALED

 

Barisan Nasional (BN) Johor menggalas cabaran besar bukan saja mahu memastikan negeri itu teus menjadi kubu kuat, malah bertekad memastikan kekalahan Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau menyahut cabaran Muhyiddin yang ingin memastikannya tewas.

“Dalam pilihan raya, setiap parti hendak pastikan lawan mereka tidak menang.

“Sepertimana dia (Muhyiddin) hendak pastikan saya kalah, saya pun akan pastikan dia kalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Karakter Murid Johor 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya, di Johor Bahru, pada Ahad.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan sebagai membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir selain mengesahkan bertanding di sebuah kerusi Parlimen.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi yang bakal dotandinginya, Mohamed Khaled berkata ia akan terjawab apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama-nama calon, dijangka selewat-lewatnya minggu depan.

“Tunggulah Najib buat pengumuman, saya ikut apa sahaja keputusan yang dibuat,” katanya ringkas.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar turut merasmikan majlis pecah tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bandar Seri Alam, berkata Johor bukan sahaja membina banyak rumah mampu milik malah menjual rumah itu pada harga jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

 

Wartawan Watan-Online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.