MAHATHIR SAH BERTANDING DI LANGKAWI

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sah bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menggunakan logo PKR.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus menjawab teka teki kerusi yang bakal ditandingi bekas Perdana Menteri itu.

Wan Azizah mengesahkan Mahathir, 93, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kembali ke kancah politik negara setelah tidak berbuat demikian pada tiga pilihan raya umum lalu.

“Dengan bangga, dengan doa kemenangan berpihak kepada kami, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi,” kata Wan Azizah kepada kira-kira 5,000 hadirin ceramah Pakatan Harapan (PH) di pulau lagenda itu pada Ahad.

Sebelum itu, Mahathir telah mengumumkanĀ senarai calon PPBM yang bakal bertanding di DUN dan Parlimen di Kedah, namun tidak menyebut Langkawi.

Sementara itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula diumum sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan calon Parlimen Jerlun.

Ironinya, dalam empat pilihan raya umum sejak 1999, kesedihan Wan Azizah dalam menentang kekejaman Mahathir yang didakwa menggunakan kezaliman untuk menghumban suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara seolah-olah lenyap begitu sahaja.

Malah beliau sempat berkongsi dengan hadirin sebelum membuat pengumuman itu.

“Anwar pernah beritahu saya, Dr Mahathir agak sentimental dengan Langkawi. Di sinilah dia mula bertugas sebagai doktor kerajaan dan bertekad membantu pulau ini,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.