MAHFUZ ANGKUH, SYOR PAS TERENGGANU SAMAN HARI KHAMIS

 

Mendabik dada dan angkuh itulah dapat digambarkan kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mahfuz Omar yang mencadangkan PAS Terengganu segera menyaman beliau dan boleh memilih hari Khamis untuk memulakan prosiding berkenaan.

Dalam kenyataanya, Mahfuz mengakui pelik dengan tindakan PAS Terengganu yang mahu menyelesaikan isu berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, isu berkenaan akan menjadi bahan bualan masyarakat ketika kempen PRU14 dan yang menerima kesan buruk ialah PAS Terengganu.

“Pihak yang akan memfailkan dokumen di mahkamah ialah peguam, bukannya Ustaz Satiful.

“Kalau sudah berbincang dengan peguam, arahkan peguam failkan tindakan.

“Adakah Satiful Bahri mencari hari yang sesuai untuk failkan tindakan? Selasa penuh, Rabu sudah diambil oleh Najib. Mungkin Khamis boleh failkan.

“Jangan tunggu lama-lama nanti habis duit tak sempat nak fail,” sinis Mahfuz.

Mahfuz sebelum ini secara terbuka mendakwa PAS Terengganu menerima wang bernilai lebih RM1 juta daripada UMNO. Beliau juga menamakan tiga pemimpin parti terbabit sebagai individu yang penerima dana berkenaan.

Sementara itu PAS Terengganu tampil membersihkan nama mereka dengan mengadakan sidang media hari ini.

Dalam sidang media yang dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat; Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Muhyidin Abdul Rashid dan bendahari PAS negeri, M Shukrimun Shamsudin, PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mahfuz.

“Ia merupakan satu tuduhan dan fitnah buat PAS Terengganu.

“Saya dah berbincang dengan peguam dan serahkan kes ini kepada beliau untuk ambil tindakan sewajarnya,” kata Satiful Bahri.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.