MASA HADAPAN NEGARA DITENTUKAN BERLANDASKAN FAKTA

 

Masa hadapan negara perlu ditentukan oleh rakyat berlandaskan fakta dan bukannya dengan berita palsu, propaganda serta ilusi.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sesebuah kerajaan wajib melindungi rakyatnya daripada bencana penyebaran berita palsu dengan meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha melindungi rakyat Malaysia juga meliputi sebahagian daripada aspek menangani ancaman berita palsu.

“Berita palsu ini sudah tentu memberi ancaman kepada keselamatan dan kita telah melihat contoh di serata dunia, bertentangan dengan prinsip Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), berita palsu telah menjadi alat kepada campur tangan kuasa asing. Peliknya, sesetengah kepimpinan pembangkang hari ini mengalu-alukannya.

“Sebagai rakyat yang patriotik, saya boleh memberitahu bahawa kerajaan pimpinan saya tidak mahukannya. Kami tidak berkompromi soal kedaulatan negara dengan membenarkan negara atau individu dari luar memberitahu apa yang perlu dilakukan,” katanya

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) 2018, di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta timbalannya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

 

Wartawan Watan-Online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.