NAJIB JUMPA BEKAS AHLI PARLIMEN BN

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua bekas penyandang kerusi Parlimen BN.

Perjumpaan tersebut yang bermula sejak 9 pagi tadi diadakan di Kediaman beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pagi Isnin.

Yang turut kelihatan memasuki kompleks tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Difahamkan perjumpaan ini adalah sebagai menyampaikan amanat beliau kepada semua bekas Ahli Parlimen untuk menerima apa jua keputusan sama ada digugurkan atau dikekalkan apabila senarai calon diumumkan dalam masa terdekat.

Ia juga sebagai peringatan kepada semua untuk tidak sabotaj parti jika nama mereka tidak dicalonkan dan terus setia kepada parti.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.