PH PERJUDIKAN SAMSU ADABI TUMBANGKAN KU NAN

 

Pakatan Harapan (PH) memilih Datuk Dr Samsu Adabi Mamat untuk menumbangkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan, Muhammad Suhaimi Yahya hari ini di Putrajaya.

Samsu Adabi, ahli PPBM juga merupakan penganalisis politik, diperjudikan nasibnya oleh PH untuk menawan Putrajaya yang merupakan kubu kuat BN sejak Parlimen itu diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum 2004.

Sementara itu, Ketua Wanita PPBM, Rina Harun diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Meskipun PPBM berdepan pembubaran sementara, kedua-dua mereka akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14 ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.