SEKOLAH PUSAT MENGUNDI BOLEH CUTI AWAL

 

Sekolah yang bakal digunakan sebagai pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) ini dibenarkan untuk memohon cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengetua dan guru besar layak memohon cuti berganti untuk sekolah masing-masing melalui pengarah pendidikan negeri.

Menurut beliau perkara tersebut dibenarkan setelah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2, 1995: Persediaan Bagi PRU.

“Tetapi ia terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian sahaja.

“Manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari sebelum hari pengundian, bukannya selepas hari pengundian,” katanya kepada media selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ‘Sokongan Komuniti Untuk Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang.

Sebagai info, sebanyak 6971 buah sekolah seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir turut meminta pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat untuk membuat permohonan cuti secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti tersebut.

 

Wartawan Watan-Online 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.