SHUHAIMI TUKAR KE DUN SUNGAI KANDIS

 

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei akan bertanding di DUN Sungai Kandis pada PRU14.

Menurut sumber Sungai Kandis adalah nama baharu bagi DUN Seri Andalas selepas persempadanan semula adalah kerusi yang dimenangi oleh Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar pada Pilihan Raya Umum 2013.

Lantaran itu, Shuhaimi berkemungkinan bakal bertembung calon MIC dan PAS di Sungai Kandis yang mempunyai populasi kaum 39% pengundi Melayu, Cina 24%, India 35% dan lain-lain 2%.

Sementara itu, pucuk pimpinan PKR Selangor setakat ini belum memutuskan sama ada Xavier akan bertanding di DUN lain atau pun beralih angin ke kerusi Parlimen.

Kekosongan DUN Kota Kemuning (sebelum ini Sri Muda) yang ditinggalkan Shuhaimi dikatakan bakal ditandingi oleh Exco Selangor V Ganabatirau dari DAP.

Ganabatirau merupakan penyandang DUN Sentosa, sebelum ini dikenali Kota Alam Shah yang masih menjadi tanya siapakah calon PH bertanding di DUN berkenaan.

Kerusi Sentosa yang mempunyai majoriti pengundi Cina ditandingi DAP sejak 2008 dimenangi M Manoharan meskipun sedang merengkok di dalam penjara kerana ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) susulan terlibat penganjuran tunjuk perasaan Hindraf 2007.

Pada pilihanraya umum lalu, Manoharan digugurkan dan digantikan dengan Ganabatirau yang berjaya yang mempertahankan kerusi itu bagi DAP.

 

Wartawan Watan-OnlineĀ 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.