SUEE LIM JANGAN HANYA JANJI BULAN BINTANG – YUAN

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

 

Calon anak muda MCA yang dinamakan untuk bertanding bagi DUN Sekinchan, Yee Lee Yuan telah mula menjalankan gerak kerja mendekati rakyat Sekinchan sejak diumumkan namanya oleh Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dari segenap pelusuk kampung hinggalah ke bandar kecil, Yee Lee Yuan yang lebih mesra dipanggil Ah Yuan mula diterima masyarakat sekitar khususnya kaum melayu.

Walaubagaimana pun, penyandang kini dari parti DAP, Ng Suee Lim dilihat cuba menghasut rakyat Sekinchan dengan memainkan sentimen kefasihan penggunaan bahasa melayu Yuan.

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

Menurut Yuan, itu bukan permasalahan sebenar, malah bagi anak muda ini, keperluan serta permasalahan rakyat jauh lebih penting dan harus diberi keutamaan.

“Tentang itu (bahasa) saya rasa kita harus tumpu soal perkhidmatan kepada rakyat, jangan asyik bercakap dan berjanji bulan bintang sahaja.

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

“Sepatutnya dia datang turun berkhidmat kepada rakyat, itu lebih penting daripada nak mempersoalkan kefasihan bahasa melayu, jawa ke tetapi perkhidmatan tiada, itu bukan satu tindakan yang baik dari wakil rakyat,” katanya kepada Watan-Online selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pengundi Luar bersama Ketua Bahagian UMNO Sungai besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos baru-baru ini.

Suee Lim juga mempertikaikan gerak kerja yang dijalankan oleh MCA Bahagian tidak mampu melawan caranya mendekati rakyat yang dianggap telah mencapai tahap terbaik lebih-lebih lagi anak muda seperti Yuan yang hanya dilihat sebelah mata.

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

Namun, Yuan mengambil pendekatan untuk terus bersama jentera komponen bahagian memantapkan gerak kerja mendekati rakyat secara terus menerus kerana keputusan pemilihan terletak atas tangan rakyat bukan kepada orang yang hanya menabur janji-janji palsu.

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

“Kalau di yakin sangat dengan gerak kerja dia, beliau boleh teruskanlah. Tetapi bagi kami, kerjasama antara jentera parti komponen UMNO, MIC, Gerakan semakin mantap mendekati rakyat. Dengan gerak kerja sentiasa berdamping dengan rakyat, saya rasa itu akan lebih memberi kesan bahawa kami lebih prihatin,” katanya.

 

Oleh : HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.