TIGA PIMPINAN PUSAT PAS JADI PERTARUHAN DI PERAK

 

PAS mempertaruhkan tiga pemimpin pusatnya untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad, akan bertanding mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang, manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, bertanding di Parlimen Parit.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, bertanding di DUN Gunung Semanggol.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Gelombang Hijau Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Seri Iskandar di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Abdul Hadi turut mengumumkan Ketua Penerangan PAS Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Abdul Hadi pada sidang media selepas itu berkata, PAS menyasarkan untuk mengekalkan kerajaan PAS Kelantan pada PRU kali ini, selain menawan semula Terengganu dan Kedah serta menang di Perak dan Selangor.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.