KES TEMBAK IMAM PALESTIN: MOTOSIKAL SUSPEK DITEMUI

 

Polis telah menemui motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Versys yang dipercayai digunakan suspek kes tembak Imam Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, motosikal itu ditemui di sekitar Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. “Memang pihak polis ada temui motosikal yang kita percayai digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan. Saya tidak boleh mendedahkan lanjut mengenainya kerana masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Lawatan Kerja dan Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Peringkat Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, pada Selasa.

Ditanya sama ada suspek masih berada dalam negara, Mohamad Fuzi berkata, agak sukar untuk mengesahkan perkara tersebut. “Kita tiada butiran lengkap mengenai suspek. Gambar suspek hanua lakaran fotofit yang telah diedarkan di semua laluan pintu masuk negara.

“Namun, pihak polis tidak pasti kemungkinan suspek meninggalkan negara ini melalui laluan tikus,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.