PROVOKASI: PH LUMUT LAPOR POLIS

 

Tertekan dengan kecaman dalaman, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Lumut, Afiq Zulhafiz Hassan Bakri tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seri Manjung, pada Sabtu.

Laporan itu dibuat bagi membersihkan namanya yang dikatakan menjadi gunting dalam lipatan kerana didakwa mengetuai puak haluan kiri dalam jentera PH yang merentangkan kain pemidang  memprotes pencalonan Yahaya Mat Nor daripada PAN bertanding di DUN Pasir Panjang.

Dalam laporan itu Afiq menafikan tercetusnya pergolakan dalaman jentera PH yang dipimpinnya dengan Yahaya atau lebih mesra dikenali Cikgu Yahaya.

Malah Afiq menegaskan jentera PH menyokong dengan sepenuh hati pencalonan Cikgu Yahaya dan tidak pernah melakukan sebarang provokasi terhadap beliau.

Bagaimanapun, laporan polis Afiq boleh dipersoalkan kerana ketika ini tular keratan perbualan kumpulan Whatsapp Jentera PH yang menunjukkan beliau mengutuk keras pencalonan PAN di Parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang.

Jumaat lalu, beberapa kain pemidang provokasi dengan tulisan ‘Tolak Cikgu Yahaya’ digantung di sekitar Seri Manjung dan Lekir.

Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Lumut Mohd Rafiq Abdul Ghani berkata, Barisan Nasional (BN) Lumut mengambil pendekatan tidak mengambil peduli  kemelut yang melanda pakatan pembangkang itu.

“Kita tidak tahu menahu apa yang berlaku, biarkanlah mereka tu dan yang penting kita terapkan pada jentera BN supaya berkempen secara berhemah dan matang.

“Namun krisis dalaman PH itu telah membuka mata masyarakat di sini tentang keburukan mereka, adalah malang jika mereka menang, belum apa-apa lagi sudah bersengketa, apatah lagi jika mereka dapat memerintah negara,” ujarnya ketika dihubungi Watan-Online pada Ahad.

 

Oleh: NAJAMUDDIN MOHD NOR

4 Responses to "PROVOKASI: PH LUMUT LAPOR POLIS"

  1. Naja   May 8, 2018 at 3:17 pm

    Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh.
    Bertaubat lah

    Reply
  2. Mudin   May 8, 2018 at 3:22 pm

    Shame of u..
    No integrity

    Reply
  3. Zack   June 13, 2018 at 6:53 am

    Dasar politik ..

    Reply
  4. Nobody   June 13, 2018 at 6:55 am

    Terima lah kekalahan mu dgn ati yg trbuka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.