PRU-14 : POLIS SELANGOR BUKA 53 KERTAS SIASATAN

 

Polis Selangor membuka sebanyak 53 kertas siasatan dalam tempoh 10 hari kempen sehingga ke hari ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Antara kes yang disiasat ialah melibatkan sebanyak 17 kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat manakala mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 kerana menganjurkan perhimpunan awam dan ceramah sebanyak 10 kes.

Pegawai Perhubungan Media PRU-14 Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Nordin Manan berkata, seorang lelaki juga telah didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1985.

“Lelaki berusia linkungan 20-an itu telah membawa senjata parang ketika ceramah di Subang Jaya,” katanya pada Sidang Media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, sebanyak 1,878 permit ceramah dikeluarkan di negeri ini dan seramai 16,709 petugas keselamatan akan menjaga tempat pengundian esok.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.