SHUKOR AZAM MAJUKAN KUANG

 

 

 

Kejayaan demi kejayaan dicapai bagi memberikan kemudahan serta keselesaan rakyat biarpun menghadapi kekangan kerjasama kerajaan negeri lantaran kedudukan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Selangor.

Datuk Abdul Shukor Idris berhasrat untuk terus istiqomah membela nasib rakyat di kawasan DUN Kuang yang dimenanginya semenjak dua penggal lalu.

“Membela nasib rakyat di negeri yang kita menjadi wakil rakyat pembangkang adalah tidak semudah wakil rakyat di negeri yang kita menerajui kerajaan, banyak halangan dan birokrasi sungguhpun apa yang hendak dilaksana itu untuk kepentingan rakyat,” kata Shukor ketika ditemui di kediamannya Kuang, petang Isnin.

Saat akhir kempen, Shukor yang akan pertahankan DUN Kuang yakin dengan usahanya memberi khidmat pada rakyat dan kerja kuat jentera UMNO mendekati pengundi.

Beliau menyeru agar diberi peluang untuk terus berkhidmat pada rakyat Kuang.

 

  • Videographer: ¬†AIDY RUKHAIRRA LUKMAN

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.