PROSES MENGUNDI BERJALAN LANCAR, SASAR 85% SEBELUM TAMAT

 

Proses pengundian di kebanyakan pusat mengundi masih berjalan rancak tengah hari ini dengan peratusan mengundi seluruh negara mencecah 55% setakat 1 tengah hari.

Orang ramai masih tidak putus-putus membanjiri pusat tersebut walaupun terpaksa beratur panjang dan berpayung dalam keadaan cuaca panas di kebanyakan kawasan.

Ada yang dilaporkan terpaksa beratur panjang untuk mengundi.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi sangat baik dengan 24% daripada keseluruhan 14,449,200 pemilih berdaftar bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 10 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata berdasarkan laporan awal yang diterimanya, proses pengundian di seluruh negara turut berjalan lancar dan berharap sasaran 85% keluar mengundi dapat dicapai.

“Jika diperhatikan sejak 8.00 pagi kehadiran di pusat mengundi memang ramai dan saya jangkakan tengah hari ini keadaan (akan) jadi reda sedikit.

“Dijangka dalam pukul 2.00 atau 3.00 petang sehingga 5.00 petang kehadiran akan bertambah semula. Ini trend sejak dahulu lagi,” katanya selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), pada Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.