PAS TAWAR KERAJAAN PERPADUAN DI PERAK

 

PAS menawarkan kerajaan perpaduan ditubuhkan di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu daripada berpanjangan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS di Terengganu pada Jumaat.

“PAS menawarkan penubuhan kerajaan perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH, BN) dengan syarat kerajaan perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

“Manakala Exco kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Barisan Nasional (BN) mendakwa mendapat persetujuan PAS bagi membentuk kerajaan bersama di negeri itu.

Manakala Pakatan Harapan (PH) Perak dalam satu sidang media akan mohon mengadap Sultan Perak bagi menubuhkan kerajaan negeri.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.