TIADA PERTEMUAN DENGAN ANWAR – ZAHID

 

UMNO tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi berunding untuk membentuk kerjasama politik.

Perkara itu dinafikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, pada Isnin.

“Sewaktu orang itu mendakwa sedemikian (pergi berjumpa Anwar), saya sedang berada di rumah menunaikan solat hajat pada waktu itu.

“Bagaimanapun sebarang bentuk kolaborasi dan rundingan mengambil kira kepentingan UMNO-Barisan Nasional (BN) dijaga,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Turut serta tiga pemimpin sayap parti itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Oleh itu, Ahmad Zahid mengajak ahli UMNO untuk memperkukuhkan kekuatan parti itu selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Ahmad Zahid berkata, nasib yang menimpa UMNO-BN adalah ujian sementara, namun, beliau yakin parti itu akan bangkit meraih sokongan rakyat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Majlis Tertinggi UMNO menerima keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO selepas mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 lalu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.