KHAIRY KESAL TIDAK BERITAHU NAJIB

 

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Pepatah ini amat tepat diberikan kepada UMNO kerana gagal berterus-terang kepada bekas Presiden Datuk Seri Najib Razak berkenaan penolakan akar umbi terhadap parti itu.

Ia diakui dengan kesal oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mendakwa selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat, tiada siapa pun berani tampil menegur kelemahan UMNO.

“Tidak ada sesiapa, selepas Muhyiddin dikeluarkan, selepas Shafie dikeluarkan… Tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah. Itu kesilapan besar di pihak kita.

“Adakah isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kita tidak sedar akan isyarat itu.

“Ini tidak harus berlaku lagi, kita tidak boleh membiarkan pemimpin UMNO terpisah dengan realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar. Jika kita meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, UMNO akan pupus,” katanya dipetik dari Chanel Asia, pada Selasa.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari barisan Kabinet Najib kerana lantang mengkritik secara terbuka skandal 1MDB.

Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU, yang menjadi komponen Pakatan Harapan, manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.