MAHATHIR JUMPA PEMIMPIN DAP

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan bersama beberapa kepimpinan tertinggi DAP mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) kira-kira jam 10.08 pagi Selasa.

Bersama Guan Eng dalam kenderaan yang sama adalah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Wartawan yang berada di luar perkarangan YKP cuba mendapatkan ketiga-ketiga mereka namun, mereka tidak memberhentikan kenderaan sebelum beredar meninggalkan bangunan itu.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka mengadakan pertemuan dengan Mahathir yang berlangsung dalam tempoh satu jam.

Kira-kira 10.35 pagi, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki YKP untuk bertemu Mahathir.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.