ANWAR DAPAT PENGAMPUNAN YDP AGONG

 

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan hari ini setelah mendapat pengampunan penuh daripada Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Muhammad V.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Tuanku Sultan telah memperkenankan rayuan pengampunan tersebut dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan.

Rayuan pengampunan penuh Anwar itu telah dibentangkan dan dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke 51 pada hari ini.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan.

“Beliau juga diberikan pembebasan serta merta berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.