ANWAR IBRAHIM BEBAS

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pagi Rabu.

Anwar dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras di sini.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.

Ketika dibebaskan, Anwar sempat melambai kepada penyokong dan pengamal media sebelum meninggalkan hospital tersebut sembilan minit kemudian.

Beliau dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.