PECAT GANI : TUN MAHU DAKWA NAJIB

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ketika dalam proses mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan skandal penyelewangan 1MDB.

“Beliau mendakwa dalam proses mahu mendakwa Najib dan pagi itu beliau dapat tahu telah dipecat,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, pada Rabu.

Ditanya sama ada Abdul Gani ada menunjukkan dokumen berkaitan kes itu semasa pertemuan dengannya pada Selasa, Dr Mahathir berkata tiada sebarang dokumen dikemukakan.

“Dia hanya beritahu secara verbal sahaja, tiada dokumen. Saya tidak minta sebarang dokumen,” katanya.

Abdul Gani ditamatkan sebagai Peguam Negara mulai 27 Julai 2015  atas sebab-sebab kesihatan.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Susulan itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2015.

Pelantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat Najib selaku perdana menteri ketika itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.