TIADA PRK BAGI BERI LALUAN KEPADA ANWAR – AZMIN

 

Pakatan Harapan (PH) belum memikirkan soal untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata, keutamaan PH ketika ini ialah untuk mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan, termasuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita akan beri sokongan padu kepada Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan Dr Wan Azizah sebagai pasukan untuk memimpin kerajaan.

“Selepas itu barulah kita akan bincang langkah seterusnya,” katanya yang juga Timbalan Presiden PKR pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia Rasmi barisan EXCO Kerajaan Selangor di Pejabat Menteri Besar di Shah Alam, pada Rabu.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.