TUJUH MUKA BARU EXCO SELANGOR

 

Sepuluh EXCO Kerajaan Selangor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, barisan EXCO Kerajaan Selangor dibarisi 70 peratus muka baharu dengan lima daripadanya ADUN PKR, DAP (tiga), Amanah (dua) dan PPBM (satu).

“Tak bermakna yang lama tak beri sumbangan, namun saya yakin tenaga dan idea baru perlu dikemukakan sebab Selangor negeri progresif, dinamik.

“Kita perlu tenaga kuat dan pengalaman, pimpinan lama amat penting dan gabungan lama serta baru akan bantu negeri laksana tugas lebih efektif dan berkesan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, pada Rabu.

Azmin memegang portfolio EXCO Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Komunikasi Srategik.

Manakala Datuk Teng Chang Kim daripada DAP pula dilantik sebagai EXCO Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana.

Amirudin Shari daripada PKR memegang jawatan EXCO Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Sementara itu V Ganabatirau (DAP) dilantik sebagai EXCO Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

Izham Hashim (Amanah) sebagai EXCO Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Manakala Datuk Abdul Rashid Asari (PPBM) menjadi EXCO Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Wakil rakyat PKR, Shaharuddin Badaruddin pula  memegang jawatan EXCO Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Insan Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ng Sze Han (DAP) pula sebagai EXCO Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru.

Haniza Talha (PKR) memegang jawatan EXCO Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

Mariah Mahmud (Amanah) dilantik sebagai pengerusi EXCO Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Keluarga.

Hee Loy Sian (PKR) sebagai EXCO Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.