ANINA KECAM TINDAKAN MAHATHIR

 

Pengerusi Empirical Malaysia, Anina Saadudin mempersoalkan tindakan anggota polis yang bertindak menyerbu kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak malam semalam.

Beliau turut menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak kejam dengan mengarahkan serbuan tersebut bagi memalukan Najib.

“Nak tunjuk apa pada dunia? Bagi saya drama ini hanya satu bentuk pembersihan motif haram menjatuhkan kerajaan Islam yang mengangkatnya selama 22 tahun di puncak kuasa.

“Maka Datuk Seri Najib Razak perlu kelihatan sebagai penjenayah besar.

“Jika benar mahu selamatkan Malaysia, bentuklah kabinet, kenapa malukan anak Tun Razak sebegitu?,” soalnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Media melaporkan rumah Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur mula diserbu oleh pihak polis dengan lebih 10 buah kenderaan polis beserta trak Black Maria bermula jam 11 malam semalam.

Mengulas lanjut, Anina yang juga merupakan bekas Ketua Srikandi PPBM itu turut berkata tindakan zalim ke atas Najib dibuat untuk menghina bangsa Melayu beragama Islam.

“Modus operandi untuk tontonan umum ini adalah terlalu jijik, memualkan dan memalukan kerana saya bangsa Melayu beragama Islam.

“Jika lima tahun Najib santuni Dr. Mahathir dan saya sebagai pembangkang, kenapa Tun begitu zalim terhadap beliau?.

“Jika ini lah harga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib Razak maka saya yakin kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) itu hanya “taik kuku” bagi Tun,” katanya dengan nada marah.

 

Wartawan Watan-Online

2 Responses to "ANINA KECAM TINDAKAN MAHATHIR"

  1. musa jamaludin   May 18, 2018 at 7:25 am

    Jangan nanti Tun dilebel semula sebagai mahazalim dll

    Reply
  2. pakngah   May 20, 2018 at 2:33 am

    langau betina patah sayap

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.